RALINE SHAH DILANTIK JADI PENGARAH AIRASIA INDONESIA

loading...


PELAKON dan model popular Indonesia, Raline Shah dilantik sebagai pengarah baru syarikat penerbangan kos murah AirAsia Indonesia.

Berita itu diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menerusi Instagramnya semalam, namun tidak mendedahkan secara terperinci jawatan apakah yang disandang aktres Surga Yang Tak Dirindukan itu.

“Pengarah baharu kami di AirAsia Indonesia, Raline Shah. Bijak, kreatif dan merendah diri. Orang penting yang akan mengemudi syarikat menjelang IPO (Saham Terbitan Awam)”, tulis Tony.

Jurucakap AirAsia Indonesia, Baskoro Adiwiyono juga tidak memberikan sebarang komen tentang pelantikan tersebut.



Raline dilahirkan di Jakarta pada 4 Mac 1984 dan menetap di Medan, Indonesia.

Pada tahun 2008, Raline mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik Putri Indonesia.

Selain model, Raline juga menyerlah dalam bidang seni suara dan lakonan. Antara filemnya yang mencuri tumpuan ialah 99 Cahaya di Langit Eropah, Supernova dan Surga Yang Tak Dirindukan.

Raline merupakan graduan Sains Politik dan Komunikasi & Media Baru dari Universiti Nasional Singapura. 
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »