loading...
Sudah lumrah manusia suka melihat yang indah dan cantik. Tak kira samada manusia, pemandangan atau benda, pasti kita akan melihat pada kecantikkannya.
Tular di media sosial baru-baru ini mengenai sehelai surat yang dikirim oleh seorang murid yang bernama Fatimah kepada gurunya yang bernama Hanafi.
Di dalam surat tersebut, Fatimah menyatakan perasaan cemburunya kerana guru tersebut melemparkan senyuman kepada rakannya yang bernama Shila.
" Assalamualaikum cikgu hensem, semalam cikgu senyum pada Shila, saya cemburu tau. Cikgu minggu lepas dan senyum pada saya. Saya dah terima cinta cikgu. Cikgu jangan mainkan cinta saya boleh? Boleh tak? Cakap lah? Saya menangis ni cikgu. Saya cuti hari ini sebab sakit hati, mak saya belum tahu. "
Apa yang lebih mencuit hati ialah kelihatan murid ini seorang yang gigih kerana meskipun terdapat sedikit kesalahan ejaannya, dia mengambil keputusan untuk membetulkan kesilapannya sebelum mengutus surat itu kepada gurunya.
Sumber- Viral D Viral
loading...