'SAYA TAKKAN MAMPU BALAS JASA ISTERI MENGANDUNG DAN MELAHIRKAN ZURIAT SAYA'

loading...

"Abang tak beli kek untuk anak kita?" soal isteri.

Saya tahu hari ini, 8 Ogos 2017, bersamaan dengan birthday pertama anak lelaki saya, Muhammad Solahuddin. Isteri tanya saya nak beli kek atau tak untuk birthday boy itu tetapi saya cuma diamkan saja. Saya pilih untuk ke pasar basah! Saya beli empat ekor ikan selar dan seplastik cili. 

Balik ke urmah, saya seorang terkontang-kanting di dapur dan saya biarkan isteri berehat dengan anak-anak di ruang tamu. Akhirnya siaplah juga resepi rahsia saya. Ikan bakar beraroma limau dimakan bersama petai dan budu pedas. 

Isteri saya pelik, kenapalah saya tak menyambut birthday si Muhammad Solahuddin itu. Sebenarnya hari ini saya memilih untuk menghargai pengorbanan isteri saya melebihi saya bersyukur dengan kelahiran birthday boy itu. Saya takkan lupa betapa teruknya isteri saya muntah-muntah (hyperemesis gravidarum) hampir 9 bulan akibat hamilkan si birthday boy itu!

Saya takkan lupakan betapa peritnya pengalaman isteri saya yang mengalami premature contraction sehingga hampir keguguran si birthday boy itu akibat kepenatan yang melampau ketiak bertugas di bahagian kecemasan! Saya takkan lupa bagiamana isteri saya hampir melahirkan di dalam kereta semasa hampir melahirkan si birthday boy itu. 

Bayangkan, waktunya cuma dua jam sahaja antara regular contractions dengan waktu isteri saya mengalami pembukaan 10 cm dan akhirnya melahirkan!

Saya takkan lupa pada riak wajah isteri saya yang kerisauan paabila bacaan bilirubin si birthday boy itu melebihi paras normal dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk fototerapi walaupun baru berumur beberapa hari.

Masih banyak yang saya tak boleh lupakan tetapi cukuplah isteri saya tahu bahawa saya takkan mampu membalas jasanya mengandungkan dan melahirkan zuriat saya. Jadi hari ini saya tekad, saya nak buat dia bahagia! Itu yang saya masak menu istimewa untuk dia tadi. 

Saya pernah nampak dia lahap petai dan budu macam lahap popcorn. Itu yang saya masak menu berlaukkan petai dan budu malam ini. Biarlah bukan Me'nate. Biarlah bukan Sushi King. Biarlah bukan Meatball Ikea sekalipun, yang penting saya tahu menu kali ini boleh membuatkan si dia tersenyum lebar sampai ke telinga. 

P/S: Update, Alhamdulillah. Tadi selepas bancuhkan kopi arabica Nomad Barista Coffee, si dia datang duduk di tepi saya, pegang bahu saya dan padang saya dengan penuh pandangan cinta! 


Betullah pegangan saya selama ini. Kalau sampai saja birthday kita, yang patut kita hargai adalah orang yang mengandungkan kita, bukan menuntut orang menghargai kewujudan kita semata-mata. 

Mulai saat ini, jom kita lebih menghargai insan bergelar wanita dan ibu kepada anak-anak kita. 

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »