DISEKAT MASUK, USTAZ HASLIN SEDIA SAMAN SINGAPURA

loading...


KUALA LUMPUR – “Kalau tiada kaitan, saya boleh saman tetapi saya masih lagi pertimbangkan tindakan itu!” demikian tegas pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim ketika dihubungi media.

Agensi berita MediaCorp Singapura yang memetik portal Harian Metro melaporkan, penceramah popular itu yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Bollywood juga terkejut apabila diharam berceramah serta memasuki Singapura.

“Namun jika benar saya galak perkara tidak betul, saya sedia mengemukakan permohonan maaf,” katanya sebagai mengulas tindakan sekatan kemasukan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura semalam.

Mengulas lanjut, Haslin, 48, berkata, larangan itu membuatkan dirinya seperti ‘digantung tidak bertali’ kerana diharamkan ke negara tersebut tanpa diberi penjelasan yang menyeluruh kepadanya mengenai isu dibangkitkan.

“Saya mahukan penjelasan, di mana rasionalnya mengatakan saya memecahbelahkan antara orang Islam dan bukan Islam. Saya pun tercari-cari ceramah yang mana mengatakan saya galakkan perpecahan antara rakyat negara itu.

“Dalam dua hari ini, saya mahu bersemuka sendiri dengan pihak berkuasa hal ehwal agama Islam Singapura untuk diberikan penjelasan lebih terperinci dan tunjukkan rakaman video ceramah saya itu serta di mana tempatnya.

“Kalau ceramah di Malaysia, mereka (pemerintah Singapura) tidak boleh campur dengan hal ehwal di Singapura kerana saya berceramah mengikut isu semasa serta latar belakang penonton yang hadir,” katanya ketika dihubungi.
Haslin juga memberitahu portal berkenaan bahawa beliau bertambah kecewa apabila turut langsung tidak lagi dibenarkan berceramah malah kesal ekoran diharamkan untuk memasuki ke negara jiran tersebut selepas ini.

“Janganlah sampai tak boleh masuk Singapura sebab ramai saudara mara saya katsana untuk saya ziarah. Tidak bagi ceramah tak mengapalah, sebab di Malaysia pun masih ada banyak permintaan untuk saya berceramah.

“Tapi saya masih mahukan penjelasan isu ini kerana bukan sahaja calar nama baik saya di peringkat antarabangsa malah jejas imej Malaysia,” katanya yang mengalu-alukan media Singapura menghubunginya bagi memberi reaksi.

Menurut Harian Metro, beliau turut menghubungi beberapa pihak yang rapat di Singapura dan mereka kemudian ada mencadangkan kepadanya untuk mengemukakan tindakan saman sekiranya beliau jelas berada di pihak benar.

“Kita tengok dulu apa penjelasan dari pemerintah Singapura mengenai ‘point‘ yang mereka katakan saya memecah belah rakyat,” terang Haslin yang terkenal dengan gaya ceramah lenggok Hindi kerana pernah belajar di Pakistan.

Menurutnya lagi, beliau sentiasa berhati-hati ketika berceramah di luar negara terutama Singapura dan Brunei di mana dirinya tidak langsung akan menyentuh isu Syiah atau berkaitan politik pemerintah negara berkenaan.

Kata Haslin, situasinya kini bagaikan kes penceramah antarabangsa terkenal, Dr. Zakir Naik dari India dan beliau berharap pemerintah Singapura masih memberinya peluang untuk memasuki negara itu atas urusan keluarga.

Semalam, MHA Singapura mengharamkan dua pendakwah iaitu Mufti Zimbabwe, Ismail Menk dan Haslin sendiri memasuki negara itu berikutan pandangan yang kononnya boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk.

MHA Singapura dalam satu kenyataan media menyatakan bahawa Ismail atau mesra disebut Mufti Menk dalam ceramahnya pernah melarang orang Islam memberikan ucap selamat bersempena perayaan individu bukan Muslim.

Haslin pula dituduh kononnya sengaja membawa pandangan yang menggalakkan perpecahan antara orang Islam dan bukan Islam, yang disifatkannya sebagai menyimpang daripada ajaran agama. SUMBER
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »