loading...
KUALA LUMPUR - Viral di media sosial video seorang ibu memukul anak kecilnya bertubi-tubi mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Video berdurasi lebih satu minit itu dimuat naik ke laman Facebook semalam tanpa menyatakan lokasi tepat dan waktu kejadian itu berlaku.
Berdasarkan video, si ibu yang membawa beban dua beg dipercayai menghulurkan sekeping tiket kepada anak kecilnya agar kanak-kanak itu dapat melalui mesin pengimbas tiket tren. Namun secara tiba-tiba si ibu terus memukul kepala anaknya sebelum mencampakkan tiket tersebut.
Mangsa menangis kesakitan dan meronta-ronta mahu mengikut ibunya. Melihat anaknya berkelakuan seperti itu, si ibu kemudian masuk semula mendapatkan mangsa dengan kasar menarik belakang baju anaknya sehingga terangkat dan dicampak ke bahagian belakang, sementara dia mengutip beberapa barangan anaknya yang berterabur di lantai.
Mangsa kemudian datang ke arah ibunya dan seperti meminta ampun di atas kelakuannya, tetapi tidak diendahkan. Sebaliknya si ibu menendangnya badan si kecil itu beberapa kali. Kemudian wanita itu mengambil selipar dan meminta anaknya memakai selipar tersebut.
Malangnya mangsa tidak mengikuti arahannya menyebabkan dia sekali lagi ditendang dari belakang beberapa kali.
Ketika kejadian itu berlaku, ramai pengguna tren yang menyaksi tanpa mengambil sebarang inisiatif untuk menghalang atau menghentikan perbuatan kejam wanita berkenaan.
Sementara itu di media sosial, ramai netizen yang mengecam tindakan si ibu yang tidak berperikemanusiaan. Namun, tidak kurang juga yang mempertahankan si ibu di mana mereka percaya mungkin wanita itu tertekan dengan masalahnya sehingga melepaskan kemarahan pada anaknya sendiri.
"Semua cakap pandailah. Korang bukan tahu apa masalah yang perempuan ini hadapi. Masalah yang kadang kala tak terucap dek mulut. Ditambah pula dengan perangai anak yang hiperaktif.
"Kalau aku? Macam mana arwah nenda buat pada aku dulu, macam itu aku akan ajar anak aku. Sampai mati aku akan ingat dan disebabkan cara arwah nenda mendisiplinkan aku, aku berjaya seperti sekarang," kata Chiavary.
"Stress ba dia ni. Mana lagi bawa dua beg, mana lagi bawa budak nakal. Aduh, stress tahap gaban ni. Kalau ada husband tolong, mungkin dia tak stress macam ini. Kesian dia tu," kata Siti Azira Nasya.
"Siapa yang tak ada anak yang hiperaktif, please zip your mouth. Kita bukan ada tahap sabar yang tinggi. Kadang-kadang terlepas juga kemarahan. Jadi jangan nak kecam orang lebih sangat. Esok lusa jadi pada anak cucu cicit kita sendiri baru tahu," kata Atikah Hamzah.
TAGSSEMASA
loading...