WANITA HAMIL CEDERA DISERANG SEEKOR KERBAU DI DALAM PASARAYA (VIDEO)

loading...


Seorang wanita hamil di Yancheng, China cedera diserang di dalam sebuah pasaraya akibat ditanduk oleh seekor kerbau yang mengamuk.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang menunjukkan ketika kejadian, wanita itu sedang memilih barang di rak pameran sebelum seekor kerbau muncul secara tiba-tiba dan terus menanduk wanita itu.

Wanita itu cuba melarikan diri namun tidak berjaya dan diseret di rak pameran sebelum jatuh ke lantai.

Menurut pihak polis, kerbau itu dilaporkan terlepas ketika ingin disembelih oleh pemiliknya lalu mengamuk dan menceroboh pasaraya tersebut.


Kerbau itu akhirnya berjaya ditangkap oleh pihak polis bagaimanapun media tidak diberitahu sama ada haiwan itu ditembak atau tidak.

Manakala mangsa dibawa ke hospital selepas mengalami kecederaan ringan akibat kejadian tersebut dan keadannya dilaporkan stabil.


Pemilik kerbau tersebut dilaporkan sudah memberi keterangan kepada pihak polis, namun pihak berkuasa masih mengkaji sama ada mahu mengenakan tindakan atau tidak kepadanya.



Sumber : Daily Mail
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »