'HARAP LEPAS TUAN IBRAHIM DOK DIAMLAH' - PENYOKONG TUN MAHATHIR KECAM SULTAN JOHOR

loading...

KUALA LUMPUR – Sebahagian netizen dipercayai penyokong Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersikap biadap mengecam Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Bangsa Johor di media sosial hari ini.

Mereka bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan kritikan baginda ke atas seorang pemimpin politik kerana cuba mengelirukan rakyat yang dipercayai merujuk kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Rakyat Johor tidak akan terpengaruh dengan tipu helah orang luar yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan cerita dongeng…mungkin orang luar ini telah lupa zamannya telah berlalu.Dahulu, dia (ahli politik dari luar negeri) sering menyindir Melayu mudah lupa, hari ini dia sendiri menunjukkan sifat pelupanya.

“Dulu kata pembangkang musuh ketat tetapi boleh duduk semeja menjadi kawan rapat, kata media barat suka buat cerita, sekarang cerita media barat dikatanya fakta,” titah baginda ketika berkenan merasmikan Galeri Darurat Bukit Kepong, di Bukit Kepong di Johor hari ini.

Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) baru-baru ini menandatangani perjanjian kerjasama dengan PPBM untuk menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO.

Berikut sebahagian kecil daripada kebiadapan penyokong Pakatan Harapan dan PPBM ke atas Sultan Johor seperti yang terkandung dalam ruangan komen sebuah portal berita propembangkang:

(Abu Hassan Abdul Abdul Karim) Kerabat raja semuanya dah hidup senang dari dulu lagi. Mana tau susah rakyat.

(Luqman Hakim) Dok diam2 kumpul nombor plate je la. Xpayah kuar statement kalo xmembantu rakyat.

(Misnan Yuhana) tuanku kalo tak dpt membantu rakyat.jgn nak kritik tun la.duduk diam.dlm istana yg mewah tiap bulan dpt elaun ya.

(Malay Al-Jhumard) Nyanyok ke pelupa ke… kalau tak betul bawalah ke mahkamah buktikan kebenaran nyanyok yang dikatakan tu….. aku pun boleh cakap macam2 pasal orang lain… yg penting fakta…
(Norli Harun) Harap lepas tuan ibrahim dok diamlah.. Tk nmpak pun jasa tuan pada negara nak bandingkan tun mahathir.. Tun dikenali dunia dan membangunkan negara dan tak menyusahkan rakyat. 

SUMBER
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »