HISAP ROKOK ITU WAJIB, PU FAIZ DIKECAM

loading...

NAMA penceramah yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti Pencetus Ummah (PU), PU Faiz menjadi sensasi selepas beliau dikatakan mengeluarkan ceramah mengatakan menghisap rokok adalah wajib di kalangan umat Islam.

Namun begitu, beliau menjelaskan ia menjadi hukum wajib mengikut situasi tertentu.

Antaranya, beliau memberikan contoh hukum merokok boleh menjadi wajib untuk sesetengah orang misalnya seorang nelayan menghisap rokok kerana dikhuatiri jiak tidak menghisap rokok, ia akan mengganggu konsentrasi semasa berada di laut.

Sebelum ini, pada tahun 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa pengharaman rokok.


Namun sehingga ke hari ini, masih ramai lagi rakyat Malaysia termasuk umat Islam yang menghisap rokok.

Walaupun berhujah sedemikian, namun tak semua netizen bersetuju dengan pendapat yang dikeluarkan PU Faiz.

Sebagai contoh, Haris Ibrahim menerusi komen di Facebook menulis, “Dia hanya ustaz biasa sahaja, sedangkan Majlis Fatwa dah keluarkan fatwa, merokok adalah haram. Logiknya mana yang patut kita patuh, seorang ustaz dengan pendirian dia atau sekumpulan alim ulama yang merangkumi segenap bidang yang telah membincangkan permasalahan rokok secara mendalam sebelum mengeluarkan fatwa?”

Nama PU Faiz sebelum ini dikaitkan dengan kes pertuduhan mencederakan seorang penceramah wanita hujung tahun lalu.

Beliau didakwa mencederakan Nurul Intan Sakinah Azmi di Tahfiz Pondok Rumi Sufi Jawi di Seksyen 8, Kota Damansara, Selangor pada 26 September tahun lalu. 
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »