loading...
China - Seorang lelaki berjaya menyelamat isterinya yang cuba membunuh diri dengan melompat dari atas bangunan dengan menggenggam hujung rambutnya di saat-saat akhir bagi menghalangnya dari jatuh.
Tindakan wanita dari Shiquan, Shaanxi itu terbantut apabila suaminya berjaya memegang hujung rambut itu selama tiga minit sebelum polis tiba bagi membantu, lapor Chinese Business View.
Wanita yang berusia sekitar 30 tahun itu terjun dari bangungn 20 meter selepas satu pergaduhan keluarga pada Ahad. Pasangan suami isteri tersebut merupakan penyewa kepada sebuah apartment di bangunan terbabit.
Pegawai polis, Zuo Yu memberitahu pemberita: "Apabila kami tiba, kami lihat si suami sedang menggenggam hujung rambut isterinya, tetapi rambut si isteri ketika sudah berada di hujung-hujung (tangan si suami)".
"Jika kami lewat beberapa saat atau si suami tidak dapat memegang rambut isterinya selama beberapa saat lagi, mungkin mustahil untuk menyelamatkan wanita berkenaan.
Satu video rakaman kejadian memaparkan bagaimana aksi dramatik itu berlaku.
Polis turut menambah, sebahagian dari badan wanita berkenaan tergantung pada satu batang paip selebar 30cm, yang turut menampung sebahagian dari berat badannya. Kata polis lagi, tanpa sokongan dari paip itu, wanita itu sudah jatuh biarpun si suami sudah memegang rambutnya.
Ketika sedang diselamatkan oleh polis, wanita tersebut masih dalam keadaan emosional dan menjerit "lepaskan-lepaskan" kepada suaminya.
loading...