SKANDAL ALIFF - AFIFAH, KINI MEDIA DITUDUH PUTAR BELIT (VIDEO)

loading...


ADUHAI, tidak reda lagi nampaknya kontroversi yang melanda pasangan hero dan heroin pelakon drama Izinkan Aku Mencintaimu, Aliff Aziz dan Afifah Nasir ini.

Ingatkan apabila semua dah keluar statement bagi pihak masing-masing, keadaan sudah reda.


Tetapi nampaknya isu menjadi makin hangat apabila pihak produksi yang pada awalnya menafikan kenyataan Afifah, kini menyalahkan pihak media pula.

Ha? Apa cerita?…

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Afifah di akaun Instagram miliknya semalam memaparkan pengarah drama itu, Masur Yaakob berkata, kenyataan yang diberi kepada pihak media telah disalah tafsir.



“Wartawan silap tafsiran, mereka tanya tentang homestay, memang kita ada bincang kerana setiap masalah kita akan minta pendapat, homestay ialah salah satu rancangan tapi kita tidak laksanakan.

“Kita tak laksanakan apa kita bincang, saya hanya nafikan berkaitan soalanhomestay mereka tersilap dengar atau sengaja untuk putar belit berita.

“Saya nafi ada beri kenyataan artikel bertajuk (Produksi menafikan meminta Afifah memujuk Alif) yang ditulis media, ibarat saya cakap bab B mereka tulis bab A,”katanya dipetik Mstar Online, hari ini.

Sebelum ini, pengarah tersebut atau turut dikenali sebagai Manchi pernah mengeluarkan kenyataan yang menidakkan dakwaan Afifah kononnya dia dipergunakan oleh pihak produksi.

“Kami hanya bercakap kosong dalam kalangan sendiri seperti bersembang di kedai kopi. Ia bukan perancangan produksi pun. Tiada arahan untuk mereka rapat.

“Soal masalah di set penggambaran itu perkara biasa dan tidak boleh dielak. Namun, kedua-dua pelakon utama memberikan komitmen dan kerjasama baik,”katanya dalam laporan sebuah portal online.

Penggambaran yang masih berbaki beberapa episod itu masih belum dapat diselesaikan berikutan kontroversi ini masih belum selesai dan makin berpanjangan apabila pelbagai pihak mula masuk campur tangan.


Terdahulu, Afifah telah mendakwa apa yang terjadi antara dirinya dan Aliff adalah rancangan pihak produksi dalam satu sidang media.

Ketika persidangan tersebut, Afifah turut berkongsi rakaman perbualan antara kakaknya, Anzalna Nasir dengan pihak produksi berhubung perancangan tersebut.


Namun rakaman itu tidak boleh disiarkan berikutan Afifah tidak mahu terus mengeruhkan keadaan.

Hmmm… salahkan media pula? Dikatanya putar belit?

Agaknya apakah penghujungnya kisah Afifah – Aliff – Bella ni? Makin lama makin berpanjangan nampaknya. Haih… – SUMBER
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »