DADAH DIBERI UNTUK LAKUKAN AKSI RANJANG DALAM PROGRAM REALITI (VIDEO)

loading...


SEORANG lelaki telah mendedahkan bagaimana kekasihnya telah diberikan dadah untuk melakukan seks dengan lelaki lain dalam satu program realiti di televisyen di Serbia.

Program itu yang berkonsepkan Big Brother versi Serbia dikenali sebagai Couples.

Lelaki berkenaan, Andrej Laharnar sempat merakamkan klip tersebut yang menyaksikan kekasihnya Mirela Lapanovic dan seorang lagi peserta lelaki, Milutin Radosavljevic Milija berada di dalam satu selimut.

Ia disiarkan dalam episod Couples, yang dirakamkan di Belgrade.


“Jika gambar itu ditunjukkan kepada Mirela, dia pasti akan terkejut,’’ kata Andrej yang mendakwa terdapat penyalahgunaan dadah di kalangan mereka yang terlibat dalam rancangan kontroversi itu.

Tahun lepas, rancangan berkenaan dikecam selepas merakamkan klip video seorang lelaki memukul isterinya.

Setakat ini penerbit rancangan itu masih belum memberikan komen.


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »