KES THAQIF: PEMBANTU WARDEN SUJUD SYUKUR SETELAH BEBAS

loading...





KOTA TINGGI – Seorang pembantu warden sebuah madrasah tahfiz yang ditahan reman sejak 23 April lepas bagi membantu siasatan kes pukul pelajar berusia 11 tahun, dibebaskan dengan jaminan bon mahkamah hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Salawati Djambari membenarkan permohonan polis untuk membebaskan suspek lelaki berusia 29 tahun itu dengan jaminan bon di bawah Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah sebanyak RM20,000.

Terdahulu, suspek, yang berbaju lokap berwarna jingga tiba di Mahkamah Majistret di sini pada 12.15 tengah hari dengan diiringi dua anggota polis sebelum dibawa masuk ke Bilik Pendaftar Mahkamah Kota Tinggi pada 12.45 tengah hari.

Dia kemudian dibebaskan 15 minit kemudian.

Pada mulanya, Mahkamah Majistret di sini membenarkan suspek ditahan reman empat hari pada 23 April lepas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2010 dan tempoh reman tersebut dilanjutkan pada 27 April untuk tiga hari lagi bagi membantu siasatan.

Kisah pelajar berkenaan, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru pada 19 April lepas menjadi tular di media sosial selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai akibat dipukul pembantu warden madrasahnya.

Selepas kedua-dua kakinya dipotong akibat gangren pada 22 April lepas, , tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.

Namun, pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil.

Bagaimanapun, pelajar itu meninggal dunia pada 26 April lalu.

Pembantu warden itu ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat dekat sini pada 22 April selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Polis kemudian mengklasifikasikan kes kematian pelajar madrasah tahiz swasta di Kota Tinggi itu sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »