'TOLONG JANGAN REPORT POLIS, NANTI SAYA KENA TANGKAP...' - PENGASUH

loading...


Assalamualaikum, saya mohon pandangan ibu-ibu semua, apa yang perlu saya lakukan berkenaan dengan masalah saya ini. 

Saya menghantar anak saya berusia dua tahun ke rumah pengasuh ini sudah lebih kurang setahun tiga bulan. Tetapi semalam, saya terkejut bila mendapati ada banyak kesan-kesan lebam bekas cubitan di perut semasa nak tukar pampers anak. 

Pada awalnya saya bertanya kepada pengasuh kenapa perut anak saya ada banyak bekas cubitan. Namun dia tidak tahu mengenai hal itu. Lalu saya merakam gambar dan hantar kepadanya. Dia masih enggan mengaku. 

Setelah didesak berkali-kali, akhirnya dia mengaku yang dia memang cubit anak saya kerana kenakalannya. 

Sebelum ini ada juga kesan-kesan luka kecil-kecilan dan bekas gigitan pada tubuh badan anak saya tetapi pada waktu itu saya fikir mungkin diperoleh ketika dia bermain atau bergaduh dengan kawan-kawan di sana. Saya mendiamkan diri dulu, tetapi kali ini dia tidak akan terlepas. 

Saya beritahu dia yang saya akan bawa anak saya buat pemeriksaan seperti imbasan dan sebagainya yang perlu kerana bimbang jika pengasuh ada melakukan perkara-perkara lain yang kita tidak tahu. Sekiranya doktor mengatakan ini adalah kes dera, maka saya terpaksa buat laporan polis. Demikian kata saya pada pengasuh. 

Mendengar kata-kata itu, pengasuh tak boleh duduk diam dan mula panas punggung lalu dihantar beribu-ribu ayat kemaafan dan merayu agar saya tka buat laporan polis. Sehingga dia sanggup datang ke rumah minta maaf. 

"Saya ada anak kecil, nanti kalau buat report, kena (tangkap) la saya. Tolonglah kasihankan anak-anak saya," rayu pengasuh. 

Saya tak layan sebab sakit hati dia buat anak saya begini. Jadi apa yang perlu saya lakukan? Mohon pandangan kawan-kawan semua.
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »