UPDATE: CERITA SEBENAR DIHALAU DARI KLCC KERANA MEMAKAI BAJU SARAWAK

loading...

BARU kelmarin tular di media sosial cerita mengenai sekumpulan penari kebudayaan yang kononnya dihalau dari bergambar di KLCC kerana memakai baju kebudayaan mereka.

Dengan tak semena-mena tanpa mengetahui cerita sebenar, orang ramai berang dengan mengaitkan isu perkauman tapi hakikatnya ia langsung tidak berkait kerana mereka dihalau bukan kerana budaya atau asal usul mereka.

Bagi yang tidak tahu, di mana-mana taman awam sekali pun, orang ramai “memerlukan permit” untuk mengadakan sebarang penggambaran atau persembahan.

Atas sebab itu, bukan hanya mereka yang berbaju kebudayaan, tetapi juga mereka yang memakai busana pengantin, baju melayu lengkap dan lain-lain yang seolah-olah mahu melakukan pengambaran atau persembahan semua memerlukan permit.

Peraturan ini tidak hanya terhad kepada taman Suria KLCC, malah di taman-taman awam lain juga.

Yang mungkin beranggapan kumpulan tersebut cuma mahu menangkap gambar kenang-kenangan, mereka sendiri tidak berada di situasi tersebut dan memahami prosedur taman itu.

Kehadiran kumpulan tersebut dalam jumlah yang besar menimbulkan persepsi bahawa mereka mahu melakukan pengambaran, jadi pengawal keselamatan yang menghalang mereka menangkap gambar hanya mejalankan tugas atas faktor keselamatan orang ramai.

Kalau situasi seperti ini tidak dikawal, kumpulan lain seperti buskers atau kumpulan penari lain dengan senang dapat melakukan persembahan di situ tanpa permit.

Perkara ni boleh menganggu orang ramai dan menganggu lalu lintas.

Belum lagi nak dikaitkan dengan soal keselamatan.

Apa pun, yang penting isu seperti ini hendaklah ditangani dengan matang dan tidak dikaitkan dengan isu perkauman yang boleh mengugat ketenteraman masyarakat di Malaysia.

Isu ini dapat diselesaikan dengan baik jika masyarakat tidak cepat melatah dan memahami prosedur sesuatu tempat sebelum melakukan sesuatu yang mungkin dianggap biasa di mata awam.

ARTIKEL BERKAITAN:

loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »