loading...
WALAUPUN kerajaan kini sedang hebat membanteras gejala rasuah, namun masih ada lagi aktiviti tidak bermoral ini berlaku.
Terbaru, rakaman video seorang anggota polis trafik yang dipercayai menerima rasuah daripada seorang pemandu lelaki menjadi tular di media sosial.
Menerusi rakaman berdurasi enam saat itu, jelas memaparkan seorang anggota trafik bersalaman dengan pemandu ketika menjalankan tugas.
Dalam video tersebut, kelihatan tangan anggota trafik tersebut mengambil sesuatu yang diberikan pemandu dipercayai wang, namun tidak dapat dilihat jumlah wang tersebut.
“Bolehlah, apa pulak tak boleh, u cakap boleh saya boleh lah,” kata anggota tersebut sambil tersenyum dan tangannya mengambil sesuatu daripada tangan pemandu itu.
Pemandu tersebut kemudiannya mengucapkan terima kasih sebelum video itu berakhir.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan sedang menjalankan siasatan terperinci.
“Polis Perak tidak akan berkompromi dengan isu integriti dan memasstikan tindakan tegas diambil terhadap anggota jika didapati melanggar peraturan tugas,”katanya dalam satu kenyataan.
Perkongsian video tersebut mendapat kritikan netizen dan menyalahkan kedua-dua pihak termasuk individu yang merakam kejadian tersebut. – SUMBER
loading...