TRAGEDI BUDAK 7 TAHUN LEMAS KETIKA SOLAT TARAWIH

loading...

SEORANG kakak tidak menyangka adik yang dibawanya bersama untuk mengerjakan solat terawih maut selepas terjatuh ke sungai di Kampung Baru Tengah, Kubang Rotan, Kedah, malam tadi.

Dalam kejadian 9.30 malam semalam, Iman Shafiq yang berusia 7 tahun dikatakan bermain basikal di titi konkrit berhampiran masjid itu bersama rakan sebayanya sebelum dia terjatuh ke dalam sungai berkenaan lalu dihanyutkan arus sebelum tenggelam.

Mayatnya ditemui tersangkut pada ranting kayu oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri pada jam 12.41 tengah malam semalam dan diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk tindakan lanjut.

Kakak keempat mangsa, Suhaida Ibrahim, 17, berkata, dia tidak menyedari adiknya pergi ke kawasan titi konkrit kira-kira 20 meter di hadapan masjid itu kerana menunaikan solat Terawih.

Menurutnya, dia pergi bersama arwah dan seorang lagi adik, Idham, 12, ke masjid berkenaan dengan menunggang motosikal dari rumah mereka di Kampung Sungai Baru Tok Keramat yang terletak tidak jauh dari situ.

“Saya hanya mengetahui adik terjatuh selepas ibu, Sharifah Noor, 47, datang ke masjid dan terkejut kerana sebelum itu arwah hanya bermain di kawasan depan masjid saja.

“Bagaimanapun kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku walaupun kehilangan adik yang manja dan baik,” katanya.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid It Tihad, Alor Setar jam 11 pagi tadi. 
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »