KANAK-KANAK 11 TAHUN MELECUR DISIMBAH AIR PANAS KETIKA BERMALAM DI RUMAH RAKAN (VIDEO)

loading...


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun melecur tahap dua selepas disimbah dengan air panas oleh rakannya, hingga ada kulit mukanya yang tertanggal.

Kejadian berlaku ketika Jamoneisha Merritt bermalam di rumah rakannya, yang mana rakannya itu mengambil air panas yang mendidih dan menuangnya ke dalam cawan, menurut pihak polis.

Yolanda Richardson yang juga sepupu kepada Jamoneisha berkata, Jamoneisha dan rakannya itu bergaduh, dan sekiranya Jamoneisha bermalam di rumah rakannya itu, dia (rakannya) akan lakukan sesuatu kepadanya.

Insiden itu berlaku ketika Jamoneisha sedang tidur, bila mana kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu menyimbah air panas ke atasnya, menurut pihak polis.

Dia terjaga dari tidur sejurus selepas itu, dan menjerit dengan menyatakan ia ‘terbakar’.


Disebabkan simbahan air panas itu bahagian atas badan Jamoneisha, termasuk muka, belakang, bahu, leher dan dada melecur teruk.

Menurut keluarganya, dia dalam keadaan sakit dan beremosi, sehingga tidak sanggup untuk menunjukan tahap melecur yang dihadapinya.

Jamoneisha juga takut dan keliru dengan tindakan mereka yang dianggapnya sebagai kawan-kawan.

Penyiasat menyifatkan kejadian ini mungkin disebabkan salah satu ‘trend’ terbaru di Facebook yang dikenali sebagai cabaran air panas.


Sumber: NBC
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »