'JALAN JAUH SAYA TAK LARAT' - DATUK SITI NAIK KERUSI RODA KELUAR KE PUSAT BELI BELAH (VIDEO)

loading...

Penyanyi popular tanah air yang juga seorang ahli perniagaan berjaya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38, sebelum ini telah berkongsi khabar gembira dengan seluruh peminatnya berita kehamilan bayi sulung bersama suami, Datuk Seri Khalid.

Terkini, penyanyi itu dilaporkan sudah sarat dan tidak lagi mampu untuk berjalan jauh sehingga terpaksa ditolak menggunakan kerusi roda.

Menerusi satu kemas kini dilaman sosial Instagram miliknya, Siti telah memuat naik sebuah video dimana dia ditolak di atas kerusi roda oleh suaminya ketika berada di sebuah pusat beli belah.

"Jalan jauh tak larat, jadinya saya naik kerusi roda... #suamipecutmacamferrarri," kata Siti lagi.


Sehingga kini, video tersebut sudahpun menerima tontonan sebanyak 765,462 tontonan dengan 2834 komen turut ditinggalkan oleh pengikut-pengikutnya.

Rata-rata peminat Siti memahami keadaannya yang kini sarat mengandung hampir lima bulan hingga memerlukan penggunaan kerusi roda, ada juga yang turut tidak melepaskan peluang berkongsi pengalaman hamil sebelum ini.

''Sama mcm saya dulu, mengandung cepat mengah. Sampai suami pimpin, nak pkai baju pun semput. Semua tu pembawakan, bukan mengada-ngada. So, faham sangat tengok ctdk kena bawa naik kerusi roda. Pembawakan baby memang cepat letih.'' komen pemilik akaun ratuezza91

Sebahagian besar peminatnya memuji tindakan yang diambil oleh suami Siti yang dianggap oleh mereka sebagai sweet. Ada juga yang turut mendoakan agar Siti dan kandungan dilindungi dan diberi kesihatan oleh Allah S.W.T.

''Sweeeeeeet. Moga dipermudahkan dilindungi selalu. Aamin.'' kata pemilik akaun _daisyshoppee.

''Semoga dipermudahkan sepanjang mengandung dan sihat selalu ye keduanya'' ujar seorang lagi pengikutnya.

Sumber : mStar
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »