Showing posts with label ADUAN. Show all posts
Showing posts with label ADUAN. Show all posts

LELAKI PAKAI KOSTUM PENGEMBOM BERANI MATI, PENDUDUK BUAT LAPORAN POLIS



KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki berpakaian seperti pengebom berani mati ketika menghadiri parti di Damansara Perdana pada 28 Oktober lalu, lapor Harian Metro. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, lelaki terbabit dilihat menaiki lif di sebuah kondominium untuk menghadiri parti Halloween. 

Tindakan lelaki itu menimbulkan rasa bimbang penduduk setempat kerana berpakaian sensitif terhadap pandangan umum. 

"Polis menerima laporan daripada penduduk di kawasan berkenaan semalam. Siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan berkemungkinan dari negara Arab atau India berdasarkan perwatakan dan gambar yang diberikan penduduk. 

"Suspek kini giat dikesan," katanya. 

Justeru, Mohd Zani meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya. 


Sementara itu di media sosial, netizen tidak menolak kemungkinan bahawa lelaki terbabit cuba meniru seorang selebriti YouTube, Jalal, yang seringkali memakai pakaian seperti itu untuk melakukan 'prank' pada orang awam.  sumber

'SAYA CUBA TEGUR, TAPI MEREKA BUAT TAK TAHU' - GELAGAT TIDAK SOPAN REMAJA DI LERENG BUKIT




Isu moral dan remaja kini dilihat semakin runcing, pelbagai tingkah laku golongan ini kadang-kadang bukan sahaja bertentangan dengan norma hidup sebagai orang Asia, yang terkenal dengan sopan santun dan perasaan malu, malah turut memalukan kalau takpun nama baik keluarga, sekurang-kurangnya diri mereka sendiri.

Isu lumba haram, dadah, berpelesaran dan buang bayi memang sudah sinonim dengan mereka yang bergelar remaja. Malah, ada yang sanggup membunuh seperti yang kita sedia maklum dengan tragedi tahfiz dibakar sebelum ini.

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Badrollddin Hamid telah berkongsi pengalamannya yang terserempak dengan sekumpulan remaja yang didakwa berkelakuan tidak sopan walaupun tiada sesiapa yang melihat. Jom ikuti perkongsiannya sebagai pengajaran untuk kita semua.

Assalamualaikum

Peringatan buat para ibu bapa warga Kota Damansara dan peringatan untuk diri sendiri. Awasi gerak-geri anak kita terutama pada hujung tahun, cuti sekolah dah nak mula.



Gini kesahnya, pada pagi tadi saya bersama sahabat saya Saparuddin Melati hiking di KDCF, Kota Damansara Community Forest.

Setiba saya di puncak Denai 3 Puteri sekitar jam 11 pagi, apa yang membuat saya tergaman apabila terpandang sekelompok budak-budak umur sekitar 13 hingga 15 tahun berada di bawah lereng bukit dan dalam keadan tak sopan.



Memang amat merbahaya, sekiranya tergelincir kebawah tak tau apa jadi. Tebing tu berpuluh kaki tinggi, udahlah kelakuan tak senonoh.

Saya cuba tegur tapi diorang buat tak endah. Saya bukan nak menyibuk, tapi atas rasa tanggung jawab. Masih boleh sama-sama kita cegah sebelum kejadian buruk berlaku.



Waalaikummusalam.

NENEK 88 TAHUN TINGGAL SEORANG DIRI DALAM HUTAN TANPA BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR



JERANTUT, PAHANG - Sayu hati melihat keadaan seorang wanita warga emas tinggal seorang diri di rumah yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. 

Gambar-gambar yang dimuat naik oleh Ariff Hirwant pada 1 November lalu viral di Twitter dengan begitu pantas dan kini telah diretweet lebih dari 15,000 kali. 

"Seorang nenek yang tinggal seorang di tengah hutan tanpa bekalan elektrik dan air di Kampung Che Awas, Jerantut, Pahang. Anak dia seorang dah kahwin. Semenjak sudah berkahwin, langsung tak ada datang untuk tengok mak dia ini. Yang seorang lagi menetap di kawasan berhampiran tetapi barang bantuan nenek ini semua anak dia yang ambil. 

"Cucunya hisap dadah tu barang nenek ini semua habis kena curi (seperti yang diceritakan nenek itu kepada Ariff). Di rumah nenek ini, anak dia seorang, cucu dia seorang. Masalahnya bila dah jadi viral, tiba-tiba yang call saya semua mengaku cucu kepada nenek ini. 










"Saya tengah mengumpul dana untuk membaiki atap zink rumahnya sebab musim hujan ini, nenek ini bertadahkan payung saja dalam rumah, sebab atap bocor. 


"Alhamdulillah, setakat ini tenaga kerja tak perlu dirisaukan kerana kami ramai. Dari segi barang keperluan pun so far dah ramai juga yang bank in. Murah rezeki nenek ini. 



"Orang kampung pun tak tahu di mana rumah nenek ini. Aku main masuk saja tapi kena offroad la, then jalan kaki baru jumpa. Ini jalan ke rumah nenek itu. 

Soalan dari Fatin Nuraiin: "Macam mana boleh tahu yang ada orang duduk di tengah-tengah hutan dan laluan nak masuk ke situ? Ada orang lapor eh? Hm, kesian gila makcik ni. Dia makan apa?" 

"Info dari orang kampung. Makan nasi la (haha). Nenek ini selalu keluar bandar jalan kaki. Dia lari dari Indonesia, sejak dari zaman 1960 lagi dia dah duduk di situ. Dia tak nak duduk tempat lain, dia nak duduk tanah dia katanya.

"InshAllah segala sumbangan dari warga Twitter saya akan pastikan nenek ini cukup sumber dari segi makanan minuman dan rumahnya. 


Soalan Milio: "Tak ada orang kampung tolong ke?"

"Orang kampung pun tak tahu di mana rumah dia. Orang kampung cuma tunjuk jalan yang dia selalu lalu. Then kitorang gamble saja sebab nampak laluan jalan kaki itu sampailah terjumpa rumah dia. 

"Dia mandi menggunakan air tadahan. Elektrik memang tak ada. Dia guna pelita, takpun lilin. Umur dia dalam lingkungan 70/80 begitu," katanya. 

Bagaimanapun dalam perkembangan terkini, warga emas berkenaan dikenali sebagai Tuinah Da'an dan berusia 88 tahun. 


Susulan viral gambar-gambar tersebut, ramai yang tampil untuk membantu Ariff dalam menjayakan misi membantu warga emas berkenaan. Barang-barang keperluan dapur juga diberi dan difahamkan Ariff masih memerlukan sumbangan ikhlas dari orang ramai bagi menggantikan atap zink rumah itu dianggarkan sebanyak RM4,500 (jumlah terkumpul pada waktu ini RM3,000). 





Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ariff Hirwant di akaun Twitternya. Semoga ramai yang tampil menghulurkan bantuan dan semoga urusan Ariff dan pasukannya dipermudahkan. 

JARAK PERJALANAN KURANG DARI 10KM, PEMANDU TEKSI KENAKA CAJ RM160


KUALA LUMPUR - "Tamak!" itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan tindakan tidak bertanggungjawab seorang pemandu teksi yang tergamak menggenakan caj RM160 kepada penumpang warga asing bagi perjalanan yang kurang dari 10 kilometer. 

Lapor Harian Metro, pemandu teksi terbabit berjaya ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam (SPAD) kelmarin, selepas penumpang warga Myanmar berkenaan membuat aduan pemandu teksi itu mengenakan tambang yang tidak munasabah. 

Difahamkan caj melampau itu dikenakan seperti pemandu teksi itu menghantar mangsa dari Jalan Bukit Petaling ke Kota Raya. 

Tidak puas hati dengan tambang yang dikenakan, mangsa kemudian membuat aduan kepada pihak SPAD di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) semalam. 

Jurucakap SPAD berkata, pihaknya kemudian menjalankan siasatan dan berjaya mengesan pemandu teksi terbabit di sekitar TBS. 

"SPAD kemudian menahan dan mengambil keterangan dari pemandu teksi itu. 

"Pemandu teksi itu kemudian mendakwa hanya meminta caj tambang sebanyak RM100 daripada mangsa," katanya. 

Susulan aduan dari mangsa, SPAD kemudian menyita teksi model Proton Saga BLM yang digunakan pemandu terbabit untuk tujuan siasatan mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan notis 80 akta sama atas kesalahan tidak menggunakan meter tambang. 

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa kesal dan geram terhadap pemandu teksi berkenaan yang merosakkan periuk nasi pemandu teksi lain yang jujur. 

"Orang macam inilah yang merosakkan periuk nasi orang lain (pemandu teksi). Kasihan pada pemandu teksi yang jujur," kata Norlizawati Mustafa.



Dalam kejadian 6 Oktober lalu, SPAD turut menahan seorang pemandu teksi yang memaksa dua penumpangnya membayar tambang RM950 bagi jarak perjalanan kurang 10 kilometer dari Kuala Lumpur ke Setapak. SUMBER

DOKTOR DITEMUI MATI SELEPAS BEBERAPA HARI GAGAL DIHUBUNGI TUNANGNYA (VIDEO)



Selepas gagal dihubungi beberapa hari, seorang daoktor lelaki akhirnya ditemui mati di bilik sewanya di Kampung Nyior Sepohon, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

Mohd Muaz Mohd Sabri, 30-an, ditemui pada pukul 10.40 malam selepas anak pemilik bilik sewa itu berjaya membuka pintu bilik yang disewakan itu.

Mangsa yang dipercayai meninggal beberapa hari lalu berkhidmat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas gagal dihubungi oleh tunangnya sebelum memohon pertolongan pemilik bilik sewa tersebut mencarinya.


Menurut laporan, mangsa dan tunangnya yang bertugas sebagai doktor juga di hospital yang sama sebelum ini diserang keracunan makanan selepas makan makanan yang dibeli di pasar malam di Kuala Ibai.

Akibat keracunan tersebut, tunang mangsa terpaksa menerima rawatan di hospital, namun mangsa yang enggan dirawat memilih untuk berehat di bilik sewanya sahaja.

Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian setelah dihubungi oleh pemilik bilik sewa itu mendapati mayat mangsa sudah berbau dan dibawa ke Unit Forensik HSNZ untuk dibedah siasat.

Ketua Polis Daerah Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar memaklumkan ada menerima laporan bersabit penemuan mayat doktor tersebut.

Katanya lagi, pihak polis mengklafikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.

Sumber : myMetro

MENANTU KESAL RANTAI EMAS IBU MERTUANYA HILANG KETIKA DAPATKAN RAWATAN DI HOSPITAL SULTANAH AMINAH




Viral di media sosial luahan seorang menantu yang kesal rantai emas milik ibu mertuanya hilang ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada hujung bulan lalu. Menurut Eypul Lucy, rantai emas di leher ibu mertuanya itu masih ada ketika dibawa ke HSA, namun selepas pesakit dibawa untuk melakukan imbasan x-ray, rantai emas ibu mertuanya hilang.

Eypul cuba menuntut kerjasama dari pihak hospital untuk menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memeriksa jika rantai emas itu telah dicuri atau sebaliknya. Malangnya pelbagai alasan yang diberikan.

Kes masih dalam siasatan, belum diketahui sama ada rantai emas itu hilang di hospital atau sebelum pesakit dibawa ke HSA. Mohon semua bersabar dan jangan komen membabi buta.

ASSALAMUALAIKUM. Saya ingin berkongsi sedikit cerita. Pada 27 Oktober 2017, lebih kurang jam 12 malam, saya menghantar ibu mertua ke HSA. Sampai saja di HSA, terus daftar pesakit untuk masuk ke Emergency. Dan seperti biasa, pesakit strok akan diberi rawatan dulu. 


Setelah ibu mertua baring atas katil, jururawat ambil darah. Jururawat meminta waris pesakit tunggu di luar dan akan dipanggil apabila doktor suruh waris masuk. 


Agak lama kami menunggu, tiada seorang pun dipanggil. Isteri saya masuk untuk melibat ibunya dan dia teringat rantai emas di leher ibu dan mahu membuka rantai tersebut. Akan tetapi, ibunya tiada di katil. Lalu isteri pergi berjumpa dengan jururawat yang bertugas di situ. 


Menurut jururawat, ibunya telah dibawa ke bilik X-Ray dan meminta isteri saya tunggu di luar dan hanya datang apabila dipanggil oleh doktor. Isteri pun keluar dan terlupa nak memaklumkan kepada jururawat yang dia mahu mengambil rantai emas di leher ibunya. 


Tunggu dan tunggu, doktor tak panggil. Isteri pun masuk sekali lagi untuk melihat keadaan ibunya. Ibunya berada di atas katil. Belum sempat nak cakap apa-apa, datang dua orang lelaki pembantu hospital menyuruh ibunya beralih ke stretcher dan bawa ibunya ke bilik untuk jalani imbasan otak. 


Isteri saya nak ikut tetapi lelaki itu tidak membenarkan atas alasan jauh katanya. Jururawat yang menguruskan ibu mertua meminta untuk menunggu di luar. Lalu isteri saya pun keluar dan dia sekali lagi lupa nak ambil rantai sehinggalah ibunya dimasukkan ke dalam wad. 


Apbila ibu mertua masuk wad, saya ajak isteri balik sebab bapa dan abangnya yang akan uruskan. Sampai di rumah jam lima pagi, isteri seperti biasa melakukan rutin hariannya. Kebetulan hari Sabtu 28 Oktober 2017, ada tempahan putu piring di majlis orang kahwin. Sampailah jam tiga petang. 


Nak dikatakan memang tak sempat nak jenguk ibu mertua pada tengah hari itu sebab dah berjanji dengan tuan rumah nak buat putu piring. Tuan rumah pun dah bayar sebelum majlis berlangsung. 


Jam lima petang, saya dan isteri tiba di HSA, jumpa ibu mertua yang tidak boleh bercakap dan bergerak. Makanan hospital diedarkan, isteri pun suapkan bubur ke mulut ibu tetapi mulutnya tak boleh buka besar. Sisa-sisa bubur jatuh di baju. Isteri ambil tisu dan lapik tisu di baju ibunya. Ketika itu barulah dia teringat akan rantai emas ibunya. 


Diselaknya baju ibu, tengok-tengok rantai emas itu sudah tiada. Isteri tanya sama ada bapanya yang membuka rantai itu, bapa mertua kata tak ada. Ditanya siapa yang tukar baju hospital, bapa mertua yang tukar tetapi rantai emas itu memang tiada. 


Isteri saya dah mula panik dan bertanya kepada jururawat yang bertugas. Jururawat jawab tak ada dan menyuruh isteri bertanya pada bahagian kecemasan jika mereka ada menyimpan rantai emas dalam peti. Saya dan isteri pun bergegas pergi ke emergency untuk menuntut rantai tersebut. Saya pergi ke kaunter kecemasan dan bertanya tentang x-ray yang telah dibuat pada ibu mertua saya, siapa yang buka tudung, baju dan rantai. 

Setahu saya, kalau nak buat imbasan x-ray memang tak boleh ada apa-apa di badan pesakit. Betul tak? jadi saya pun bertanya pada kaunter. Dia kata tunggu sebentar untuk memanggil penyelia bahagian kecemasan. Penyelia itu datang dan bertanya apa masalahnya dan saya ceritakan tentang rantai emas ibu mertua dan meminta sesiapa yang menguruskan ibu mertua saya, serta meminta untuk menonton semula rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dalam nada yang lembut, bukan mencari gaduh.

Tetapi penyelia terbabit membalas dengan nada yang marah dan tidak membenarkan saya menonton semula video rakaman CCTV. Malah dia tidak tahu siapa yang menguruskan ibu mertua saya semasa dia dibawa ke bilik x-ray.

Isteri saya masih ingat lagi wajah jururawat yang kata ibunya di bilik x-ray. Jururawat itu lalu, isteri terus menegurnya.


"Semalam awak yang bawa mak saya ke bilik x-ray, kan?"

Dia jawab ye.

"Siapa yang buka baju mak saya sebab bila saya masuk tengok mak, baju dalam dia berada di atas dada," kata isteri.

Jururawat itu kata dia tak buka.

"Habis, siapa yang buka? Takkan mak saya buka baju sendiri sedangkan dia strok sebelah kanan, seluruh badan kanan. Macam mana tu?"

Jururawat itu berlalu pergi begitu saja. Penyelia berkenaan pula meminta saya membuat laporan polis jika mahu menonton rakaman CCTV, itu syarat yang dia berikan pada saya. Tetapi saya fikir, nanti jadi kes polis.

"Kalau tak puas hati, pergi report polis," katanya.

Okay fine, saya pun pergi Balai Central, buat laporan. Selepas berjumpa IO, IO membenarkan saya melihat CCTV di hospital. Tiba di hospital, saya pergi ke kaunter kecemasan dan meminta mereka panggil penyelia kecemasan. Tetapi dia tidak mahu keluar dari biliknya. Kakitangan yang bertugas id kaunter kata penyelia itu mahu saya membawa polis pula jika nak tonton video CCTV.



Saya tiada masalah, saya terus menghubungi sarjan yang mengambil kes ini. Saya bercakap secara baik dengan dia (penyelia), tetapi dia melayan saya seperti sampah. Sarjan sampai dalam jam 10 malam kerana ada kes lain. Sarjan berjumpa dengan saya dan tanya kenapa penyelia itu enggan beri saya tonton rakaman CCTV. Saya ceritakan yang penyelia itu meminta kehadiran pegawai polis semasa tonton video CCTV.

Tadi dia (penyelia) suruh buat laporan polis dan saya dah buat. Lepas itu nak meminta kehadiran polis, lalu saya suruh polis datang. Bila polis dah sampai, dia suruh polis meminta kebenaran dari Pengarah HSA. Banyak betul alasan dia. Dia kata dia nak jaga pekerja dia.

Saya bukan apa, saya cuma mahu tahu siapa yang buka baju ibu mertua saya. Kalau dia yang buka, mesti dia nampak rantai emas itu. Saya siap bercakap dengan penyelia, kenapa semasa nak masukkan ibu mertua ke x-ray tidak panggil waris pesakit untuk maklumkan? Jika ada barang berharga pada badan pesakit, waris boleh tolong bukakan sebab pesakit memang tak sedarkan diri.

Terus penyelia itu terdiam sebelum masuk ke dalam dan memanggil doktor yang bertugas pada masa itu. Doktor keluar dan cakap benda yang sama, nak tengok semula rakaman CCTV kena buat rayuan dengan Pengarah HSA yang menyatakan kehilangan barang kemas. Baik, saya ikut syarat-syarat yang dikenakan oleh HSA.

Keesokan harinya, isteri saya datang ke hospital dengan bapanya untuk melawat ibunya. Dalam jam 11 pagi 29 Oktober, sarjan menghubungi dan bertanya isteri saya berada di mana dan memaklumkan dia berada di hospital.

Menurut isteri saya, dia bersama dengan bapa, sarjan dan Pengarah HSA berjumpa dalam sebuah bilik untuk berbincang kerana kes itu sudah menjadi kes polis. Pengarah HSA ada beritahu ibu mertua saya ada masuk bilik x-ray untuk x-ray jantung dan apa-apa yang dibuat ke atas pesakit, semuanya ada rekod. Termasuklah buka dan pasang rantai.

"Pihak hospital dah tahu ada rantai, kenapa tak panggil waris pesakit? Kenapa tak maklumkan kepada kami? Mana CCTV dalam bilik x-ray?" soal bapa mertua.

Pihak hospital kata tiada CCTV kerana bimbang jadi kes, kata Pengarah HSA. Kemudian dia kata CCTV HSA sudah berusia hampir 10 tahun tak berganti. CCTV tak nampak, tak jelas senang cerita. CCTV amat penting bagi pihak hospital, bagi saya mereka beri alasan yang tak munasabah.




Ini baru berlaku pada keuarga saya. Bayangkan kalau pesakit yang datang atau yang datang sudahpun meninggal dunia yang tak ada waris, bagaimana pula cerita mereka? Si mata ada barang berharga pada badan, apa pihak hospital akan buat? Simpan atau maklumkan kepada pihak polis, kemudian waris datang menuntut barang berharga si mata? Katakan si mati ada lima bentuk cincin, tetapi dipulangkan hanya empat. Adakah waris tahu si mati ada lima atau empat bentuk cincin? Macam mana?

Sekarang polis akan melakukan siasatan dan ambil tindakan. Saya hanya berserah kepada Allah, kalau ada rezeki tak kemana. Kalau korang berada di tempat saya, apa yang korang lakukan? Nak minta tolong pada siapa? Kita hanya orang biasa, tiada siapa yang mahu mendengar keluhan hati orang yang teraniaya. Hanya meminta pendapat korang kalau perkara ini berlaku pada ibu kita sendiri.

#manakejujuranpekerja, #manatangunggjawab, #manasifatkemanusiaan, #kerajaan, #share

Terima kasih bagi mereka yang baca sampai habis. Saya hanya mahukan kebenaran.

Sumber: Eypul Lucy