Showing posts with label GLOBAL. Show all posts
Showing posts with label GLOBAL. Show all posts

NGERI, KEPALA REMAJA INI BOLEH PUSING 180 DARJAH! (VIDEO)



SEPERTI sedia tahu, sememangnya banyak cerita superhero ditayangkan sekali gus mendedahkan kita kepada manusia berkebolehan luar biasa seperti Captain America, Hulk dan sebagainya.

Namun, semua itu hanyalah pendedahan dari segi fiksyen semata-mata dan bukan punreality.

Tapi… tanpa kita sangka sebenarnya orang yang berkebolehan luar biasa ini memang wujud dalam dunia nyata.

Perkara ini lah yang berlaku kepada salah seorang remaja lelaki berusia 14 tahun apabila mempunyai kebolehan luar biasa iaitu boleh memutarkan kepalanya sehingga 180 darjah!

What?!! 180 darjah? Ish… Biar betul? Kita ni nak menghadap kawan dekat tepi pun dah sakit urat leher oi…

Remaja yang dikenali sebagai, Muhammad Sameer ini dikatakan mampu memutarkan kepalanya 180 darjah yakni kepalanya daripada depan dipusing ke belakang sekali gus ramai menggelar dirinya sebagai burung hantu.


Memetik sumber, remaja ini hanya menggunakan tangan untuk membuat lagak ngeri berkenaan.

Difahamkan, Sameer tidak menggunakan kebolehan itu untuk menakut-nakutkan orang sebaliknya menggunakan kebolehan itu sebaik-baiknya.

Di mana dengan membuat persembahan bersama kumpulan tarian, Dangerous Boyssebagai initiative menyara keluarga selepas bapanya sakit.

“Ketika kecil, saya sering melihat filem seram Hollywood dengan hantu memusing kepala untuk melihat ke belakang.

“Ia amat menarik. Sejak itu saya sering berlatih berbuat demikian dan selepas beberapa bulan, boleh memusing kepala saya sepenuhnya,” katanya yang berhasrat untuk berlakon dalam filem Hollywood suatu hari nanti.


Dalam pada itu, Sameer turut berkata ibu pernah menamparnya apabila melihat dia memusingkan kepala sedemikian ekoran risau anaknya itu cedera.

“Bagaimanapun, ibu kemudian sedar itu adalah kebolehan istimewa saya,” kata remaja berasal dari Karachi, Pakistan ini.

Sementara itu, ibunya, Rukhsana Khan berkata bapa Sameer yang dahulunya bekerja di kilang tekstil, terpaksa berhenti kerana sakit jantung.


Susulan perkara itu, Sameer dikatakan mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan menubuhkan kumpulan tarian yang terdiri daripada tujuh lagi remaja lain.

Lapor sumber, Dangerous Boys membuat persembahan di seluruh daerah Karachi. Bagi setiap persembahan Sameer akan menerima bayaran antara Rs600 (RM24) hingga Rs1,000 (RM40).

Ia turut membolehkan remaja ini mendapat lebih kurang RM665 dalam sebulan.


KERANA DADAH, SUAMI SEMBELIH ISTERI DAN ANAK


ANGKARA dadah, seorang lelaki tergamak menjadi pembunuh isteri dan dua anak kecilnya dalam kejadian di sebuah rumah di Bandar Croton, Thailand, semalam.

Menurut sumber, kejadian mengerikan itu berlaku apabila suspek berusia 30 tahun itu terbabit dalam pertengkaran dengan isterinya, menyebabkan wanita itu ditetak bersama dua anak mereka yang berusia lima dan dua tahun.

Suspek bagaimanapun telah diberkas oleh pihak polis dalam satu serbuan di kediamnya pada petang semalam.

Apa yang lebih menyedihkan adalah keadaan mayat sekeluarga berkenaan, mana taknya, mangsa seakan dibuang begitu sahaja oleh suspek di sebuah jambatan berhampiran kediaman mereka.


Menurut pihak polis, kesemua mereka ditemui oleh seorang lelaki yang melalui kawasan itu yang mana turut memaparkan keadaan isterinya dalam keadaan baju terselak. Malah, terdapat kesan tusukan di rusuk kiri, termasuk leher.

Mayat anak lelaki berusia lima tahun lebih memilukan kerana lehernya hampir terputus dan tubuhnya pula dipenuhi kesan lebam, dipercayai dipukul dengan menggunakan objek keras.

Manakala mayat anak bongsunya ditemui bersebelahan ibunya dalam keadaan di balut menggunakan tikar. Turut dikesan bahagian leher mangsa yang mengalami kesan jerut seperti dicekik. SUMBER

MAUT KETIKA 'MENDAYUNG' PELACUR ROUND KE-7


RIAU – Seorang lelaki berusia 62 tahun maut selepas dikatakan terlalu ghairah melakukan hubungan seks di sebuah hotel bajet di bandar Pekanbaru, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.25 pagi waktu tempatan itu, Saridin Sinaga, 62, mati dalam keadaan separuh bogel ketika mengadakan hubungan seks dengan pelacur wanita berusia 35 tahun yang dikenali sebagai Yuni.

Lapor portal Metrosahan.com, pelacur wanita itu pada mulanya mengingatkan mangsa agar tidak melakukan seks kerana mereka difahamkan telah melakukannya sebanyak enam kali.

Namun, mangsa yang enggan menerima teguran Yuni itu dikatakan masih tidak puas dan meminta sekali lagi.

Pada ‘pusingan ke tujuh’, Saridin secara tiba-tiba mengadu kekejangan pada bahagian kaki sebelum rebah tidak sedarkan diri di atas badan wanita itu.

“Kira-kira 15 minit ketika melakukan seks, dia tersungkur, kemudian matanya memandang ke atas dan suaranya seperti orang yang sedang berdengkur,” kata Yuni.

Melihatkan mangsa yang tersungkur tidak sedarkan diri, wanita itu terus panik dan segera memaklumkan pihak hotel yang kemudian menghubungi ambulans untuk bantuan kecemasan.

Pihak Polis Daerah Tanah Rendah yang menerima panggilan dari pihak hotel terus ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa yang tidak berpakaian sudah meninggal dunia.

“Mangsa disahkan sudah meninggal dunia ketika diperiksa kakitangan perubatan. Bagaimanapun, punca kematian masih sedang disiasat,” katas seorang jurucakap polis Tanah Rendah.

Turut ditemui dalam bilik hotel berkenaan dua botol Bir hitam dan sebuah telefon bimbit.

Menurut Yuni,mereka sudah beberapa kali melakukan hubungan seks sejak berkenalan tiga bulan lalu di sebuah warung kopi. – SUMBER

MAKAN DAN LUDAH MAKANAN PELANGGAN, STAF PENGHANTARAN MAKANAN DIPECAT SERTA MERTA (VIDEO)


TIDAK amanah. Lelaki ini yang merupakan penghantar makanan telah dipecat selepas dia secara sembunyi telah makan makanan yang ditempah oleh pelanggan.

Perbuatannya itu dirakamkan pada 21 Oktober lalu menerusi kamera CCTV dalam lif.

Lelaki itu berkerja dengan laman web makanan popular Meituan di China. Ketika berada dalam lif untuk menghantar makanan, dia didapati telah membuka makanan yang dibawa dan kemudian makan makanan itu.

Lebih kurang ajar ialah selepas dia makan, dia meludah ke dalam baki makanan yang ada dan kemudian memasukkannya semula dalam beg.

Dia kemudiannya dengan selamba keluar dari lif dan menghantar makanan itu kepada pelanggan.

Meituan telah mendapat maklumat mengenai insiden itu lalu memecat lelaki terbabit. Mereka juga terpaksa mengemukakan permohonan maaf kepada pelanggan. 


BINTANG BOLA SEPAK DAN ISTERI DIGARI, DIPAKSA TURUN DARI KAPAL TERBANG (VIDEO)




BINTANG bola sepak China, Li Lei dan isterinya, telah mengejutkan ramai apabila video mereka dipaksa turun dari pesawat dengan tangan digari, telah tersebar di media sosial negara berkenaan.

Pasangan itu dikatakan telah bergaduh dengan kru pesawat dan enggan turun dari pesawat yang telah dibatalkan penerbangan itu.


Ketika kejadian mereka menaiki penerbangan Air China dari Haikou menuju ke Beijing. Disebabkan cuaca buruk di Beijing, pesawat terbabit telah tertunda selama lima jam sebelum dibatalkan.

Ia menyebabkan semua penumpang terpaksa turun dari pesawat berkenaan namun Li Lei dan isterinya enggan berbuat demikian kerana marah penerbangan itu tertunda, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada 5 Oktober lalu.

Li Lei turut bertengkar dengan kru penerbangan dan membaling air panas ke atas lantai hingga memaksa polis dipanggil ke atas pesawat.

Selepas berdegil dan enggan beredar dari situ, polis telah menggari Li Lei dan isterinya.

Dalam video itu, Li Lei telah memarahi polis dan melarang mereka menyentuh dia dan isterinya sementara polis pula menyatakan mereka berbuat demikian kepada pemain bola itu serta isteri enggan memberikan kerjasama.

Video itu diakhiri dengan kedua-duanya dibawa turun dari pesawat dan menuju ke dalam lapangan terbang. – SUMBER


IBU (83 TAHUN) TERPAKSA BUNUH ANAK OKU (46 TAHUN) KERANA BIMBANG TIADA MENJAGANYA



Seorang wanita berusia 83 tahun, dijatuhkan penjara 3 tahun selepas didapati bersalah membunuh anaknya yang juga orang kelainan upaya berusia 46 tahun.

Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Huang mengakui bahawa dia membunuh anaknya itu dengan cara memberikan 60 biji pil tidur sebelum menjerut lehernya dengan skaf sutera serta menutup hidung dengan kapas.

Namun, Huang telah diberi penangguhan hukuman selama 4 tahun selepas mendengar alasan yang mengharukan yang diberi oleh Huang.

Huang berkata dia membunuh anaknya itu kerana risau tiada siapa yang mahu menjaganya sekiranya dia mati kelak.

Dalam perbicaraan yang berlasung pada 21 September yang lalu, Huang memberitahu bahawa dia menjaga anaknya itu dengan penuh kasih sayang selama 46 tahun, namun keputusan membunuh anaknya, Li itu terpaksa dibuat olehnya. Malah, dia turut menyerah diri kepada polis pada hari kejadian.

"Saya tidak pernah berputus asa dengannya. Dia anak saya. Tapi kesihatan saya merosot sejak dua tahun lalu, sukar untuk menjaganya.

"Saya semakin tua dan lemah, mungkin saya mati sebelum anak saya.

"Saya dapat idea untuk membunuh dia seminggu lalu," ujar Huang lagi.




Huang turut meninggalkan sekeping nota di lokasi kejadian yang memberitahu bahawa idea untuk membunuh itu datang dari dirinya sendiri, dan tiada orang lain yang terlibat dalam rancangan tersebut.

Anak Huang tersebut dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami masalah kecacatan mental dan fizikal seperti tidak boleh bercakap dan berjalan.

Ketika di soal mahkamah mengapa dia tidak menyerahkan Li kepada abangnya, Huang berkata dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.


''Ia salah saya sebab melahirkan Li dan membuat dia merana. Saya rela membunuh dia dari memberi kepada orang lain," kata Huang sambil menangis.

Anak sulung Huang memberitahu mahkamah bahawa ibunya itu berhenti kerja dan menjaga adiknya yang cacat sejak berusia 10 secara sepenuh masa.

Malah Huang turut tidur dalam bilik yang sama dengan Li bagi memudahkan dirinya untuk mengurus keperluan adiknya itu.

Pendakwaraya, Qiu Lingzhu bersetuju bahawa Huang telah melanggar undang-undang dan telah melakukan jenayah.

Namun, berdasarkan alasan yang diberikan Huang, dia percaya wanita itu bertindak sedemikian atas dasar ''cinta dan kasih sayang''.

''Wanita ini mencabut hak anaknya untuk hidup, namun setelah mengambil kira motifnya tidaklah seberat jenayah lain, dan umurnya yang sudah melepasi usia 75 tahun, dia layak untuk mendapat penangguhan hukuman,'' ujar pendakwaraya itu.

Keluarga Huang sendiri turut menulis surat rayuan yang menyatakan bahawa Huang amat menyayangi anaknya itu.


Sumber : Daily Mail