AKSI DAVID BECKHAM CIUM ANAK PEREMPUAN DIKECAM NETIZEN

loading...


MUNGKIN David Beckham tidak menyangka sama sekali perkongsian gambarnya mencium bibir anak perempuan tunggal, Harper Seven bakal mencetuskan kontroversi di kalangan pengikut laman sosialnya.

Kebanyakan pengikutnya rupa-rupanya tidak bersetuju dengan tindakannya berkongsi foto tersebut yang mana mereka mengatakan ianya salah bagi seorang bapa untuk mencium bibir anak perempuan mereka.

Seorang peminatnya menulis, “Kenapa lakukan buat ni? Kami tak nak tengok benda macam ni.”

“Secara jujurnya mencium anak perempuan anda di bahagian bibir, ianya adalah sesuatu yang sangat pelik, ya memang sangat pelik,” komen seorang followers bekas bintang bola sepak terkemuka dunia itu.

Walaupun mendapat komen negatif daripada segelintir pengikutnya, namun tak kurang juga yang menyokong Beckham.

Menurut mereka itu adalah salah satu cara Beckham menunjukkan kasih sayang terhadap anak perempuannya yang berusia enam tahun itu.



“Ia adalah satu gambar yang cantik yang menunjukkan betapa indahnya kasih sayang seorang bapa terhadap anak perempuannya.”

“Pedulikan semua komen-komen negatif itu. Mereka bodoh. Harper belum remaja lagi, masih kecil dan menciumnya bukan satu kesalahan buat anda,” tulis penyokong Beckham.

Berilah apa sahaja pandangan anda, Beckham nampaknya langsung tidak menghiraukan komen-komen ‘busuk’ yang dicoretkan di ruangan Instagramnya itu.

Malah, bapa hot ini langsung tidak memadamkan gambar tersebut walaupun menyedari ia menjadi topik hangat kebanyakan media hiburan antarabangsa. –
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »