'TAPI FELDA TAK TAHU LA ADA DUIT KE TIDAK LAGI KAN...' - CHEF WAN PERLI PENGERUSI FELDA NAIK KELAS EKONOMI

loading...


SIAPA saja yang tak kenal dengan cef selebriti nombor satu Malaysia, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan yang sering memberi nasihat dan teguran secara terbuka menerusi media sosial.

Sebelum ini Chef Wan ada memuat naik posting di Instagram pandangan peribadinya mengenai gaya pengacaraan Jihan Muse dan Nabil Ahmad ketika konsert Gegar Vaganza 4, kini lain pula individu yang jadi perhatiannya.

Baru-baru ini, secara tidak sengaja, Chef Wan telah terserempak dengan pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad ketika sedang dalam penerbangan pesawat Malaysia Airlines ke Johor Bahru.

Menerusi posting di Instagram miliknya, Chef Wan telah menulis dalam ruangan caption bahawa dia berbesar hati dapat bersama-sama dengan Shahrir di dalam pesawat yang sama.

Sebenarnya sebelum itu, Chef Wan secara kebetulan telah bertukar kerusi daripada kelas perniagaan dengan Norjan yang merupakan pembantu peribadinya.

Namun, di hujung caption gambar bersama dengan Shahrir, Chef Wan ada menulis sesuatu yang membuat sesetengah netizen mengamuk.

“Tapi Felda tak tahu la ada duit ke tidak lagi kan…,” tulisnya di ruangan caption.

Bagaimanapun, cef selebriti kelahiran negara Kota Singa itu hanya bergurau sahaja. Mungkin ada sesetengah yang tidak faham atau dapat menerima gurauannya itu.

Selaku Pengerusi Felda, Shahrir mempunyai alasannya yang tersendiri mengenai sebab utama dia memilih untuk menaiki kelas ekonomi pada penerbangan Ahad lalu.

“Saya pulang ke Johor Bahru sebagai kapasiti Ahli Parlimen Johor Bahru, bukan Pengerusi Felda.

“Kenapa perlu saya guna duit Felda untuk bayar tambang kapal terbang, ataupun duduk business class,” kata Shahrir kepada portal BNBBC.MY mengulas lanjut mengenai posting Chef Wan yang kini memperoleh kira-kira 9,000 tanda like di Instagram.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah netizen yang tidak berpuas hati dengan captionyang ditulis oleh Chef Wan dan mereka telah menyerang ruangan komen di gambar itu.

Chef Wan mengambil keputusan untuk menjelaskan bahawa dia hanya bergurau dan ia tiada kena mengena dengan isu kontroversi lain melibatkan agensi terulung berkenaan. SUMBER
loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »