Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

JANGAN SESEKALI TEKAN 'PROCEED' !


Sejak beberapa hari lalu tersebar di media sosial tentang kegiatan pihak tidak bertanggungjawab menghantar emel menggunakan nama dan logo Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menipu orang ramai.

Ada individu mendakwa ada mangsa telah mengalami kerugi wang belasan ribu ringgit selepas menekan butang ''Proceed'' yang meminta mangsa mendedahkan nombor akaun mereka untuk dipulangkan cukai terlebih bayar kononnya daripada pihak LHDN.


Pihak LHDN dalam satu kenyataan menafikan mereka ada mengeluarkan sebarang emel seperti yang tersebar dan mengesahkan terdapat sindiket telah menggunakan nama dan logo agensi mereka untuk menipu orang ramai terutamanya pembayar cukai.

LHDN dalam satu kenyataan media di laman web mereka menyatakan sindiket yang turut dikenali sebagai penyangak kewangan itu telah dikesan melakukan beberapa cubaan menipu dengan menghantar emel kepada orang ramai kononnya mereka mempunyai cukai terlebih bayar yang akan dibayar semula oleh pihak LHDN.

Mereka akan menerima emel, untuk menerima 'refund' berkenaan, pembayar cukai perlu menekan butang ''proceed' dan arahan akan diberikan agar mangsa mendedahkan butiran akaun bank bagi membolehkan transaksi bayaran balik lebihan cukai dibuat oleh LHDN.

"Harap maklum bahawa LHDN tidak pernah menghantar e-mel kepada pembayar cukai untuk meminta pembayar cukai mendedahkan nombor akaun bank mereka. Ini kerana maklumat akaun bank tersebut akan diperoleh melalui perisytiharan oleh pembayar cukai ketika mereka mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan pada setiap tahun.

"Selain itu, lebihan bayaran balik cukai pendapatan yang berjaya diproses berdasarkan maklumat yang betul juga akan dikreditkan terus oleh LHDN ke akaun bank pembayar cukai menerusi pembayaran secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau menerusi Baucar Bayaran Balik Cukai (BBC) atau Cek Berpalang atau Telegraphic Transfer (untuk mereka yang mempunyai akaun di luar negara)," menurut kenyataan itu.



Selain itu, modus operandi mereka lakukan adalah menghantar Surat Tuntutan Cukai Tertunggak yang palsu kepada orang ramai yang sememangnya akan dikeluarkan oleh LHDN sebagai surat peringatan kepada pembaayr cukai yang mempunyai tunggakan agak menjelaskannya.

"Sebelum arahan yang diterima melalui e-mel tersebut dituruti, orang ramai adalah dinasihatkan agar membuat semakan terlebih dahulu ketulenan e-mel berkenaan yang boleh dibuat melalui domain e-mel yang digunakan oleh pengirim e-mel yang tertera pada e-mel tersebut. 

"Setiap e-mel rasmi daripada LHDN akan menggunakan domain e-mel @hasil.gov.my. Orang ramai dilarang untuk mematuhi arahan dalam e-mel yang mengguna pakai domain selain daripada domain rasmi,'' jelas mereka.

Untuk mendapat pengesahan surat tunggakan cukai orang ramai boleh terus menghubungi talian Hasil Careline di 1-800-88-5436 atau Talian Hasil Recovery Call Centre di 1-800-88-4726 atau nombor talian Cawangan LHDN yang mengeluarkan surat tersebut (ada pada kepala surat). SUMBER

URAT BETIS BOLEH PUTUS JIKA MENCANGKUNG ATAS TANDAS DUDUK


"Hah!? Biar betul?!" itu reaksi awal netizen pada tweet yang dimuat naik oleh Doktor Mahyuddin pagi tadi. 

Menurut pakar bedah ortopedik berkenaan, info yang dikongsikan beliau itu bukanlah mitos dan sudah banyak kes yang berlaku. 

"Toilet duduk gunanya untuk anda duduk, bukan mencangkung di atasnya. Urat betis anda boleh putus kalau cangkung. Ini bukan mitos," tulisnya. 

Bagaimanapun ada segelintir netizen yang berasa keliru dengan tweet tersebut, sehingga beranggapan membuang air besar secara mencangkung akan menyebabkan urat betis terputus. 

"Ada yang salah faham mengenai post saya pagi tadi mengenai putus urat betis (Achilles Tendon) akibat mencangkung di tandas duduk. 

"Sebenarnya, kedudukan mencangkung itu sendiri tidak memutuskan urat, yang buat jadi urat putus ialah apabila berat pencangkung yang melebihi kemampuan menampang mangkuk jamban, lantas jamban itu pecah dan putuskan urat betis. Sudah banyak kes yang terjadi. 


"Jamban itu tak bersalah, mencangkung tak bersalah, jamban duduk dan jamban cangkung pun tak bersalah. Yang salah ialah mencangkung di atas tandas duduk. Ini pun masalah sikap/perangai/attitude kita juga. 

"Jika anda suka mencangkung, cangkunglah di tandas cangkung. Itulah gunanya ada tandas jenis duduk dan tandas cangkung," jelasnya. SUMBER

'HEK ELEH, GAMBAR BUDAK JE BUKANNYA ORANG KISAH PUN...'



Sudah banyak peringatan dan amaran dikeluarkan, namun masih ada segelintir ibu bapa tidak mengendahkan dan tanpa segan memuat naik gambar anak mereka di media sosial tanpa sedar ada lelaki pedofil yang memerhati. 

Mereka bukan hanya sekadar memerhati, malah mengambil dan menyimpan gambar anak-anak anda. Lebih teruk lagi, mereka membayangkan diri mereka sedang 'bersama' anak anda. Kus semangat!

Sampai bila ibu bapa akan sedar bahawa tindakan memuat naik gambar anak dalam keadaan tidak sepatutnya di media sosial akan mengundang risiko anak menjadi mangsa golongan pedofilia? Hentikanlah segera, selamatkan anak dari menjadi mangsa golongan gila seks ini.

ANCAMAN SEKS PADA KANAK-KANAK. MOHON BACA KHUSUSNYA IBU BAPA, SAYA MERAYU

Ancaman seks pada kanak-kanak. Mohon baca khususnya parent. Saya merayu.

Saat ini, manusia lebih teruk dari binatang. Hari demi hari, kes yang melibatkan rogol, cabul, liwat, raba, ugutan dan sebagainya ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.

Dek kerana agama makin dicekik, manusia sudak muak berkelakuan normal. Ya, hari ini lebih serius bilamana kanak-kanak menjadi ancaman untuk dijadikan pemuas nafsu kepada binatang bertopengkan manusia. Tapi malang, ramai diantara kita masih memandang isu ini remeh.

Di media sosial khususnya, masih ramai ibu bapa yang taksub untuk memuat naik gambar anak-anak mereka dari sekecil bayi lagi. Gambar anak baru lepas mandi, tidak berpakaian, anak tidur, anak bermain, dan boleh kata dari bukak mata sampai mereka tidur, gambar anak-anak semuanya ingin dimuat naik oleh ibu bapa.

Ramai yang berpra-sangka, "heleh, tak pelah, gambar budak-budak je pun, bukannya aurat, bukannya orang kesah pon, chill lah!" Huh.


Tuan puan, sedarlah, dalam keseronokkan kita untuk mengejar like dan pujian nitizen pada gambar anak-anak kecil kita. Wujud lagi ramai manusia bangsat ini yang memerhati anak-anak tuan puan dari jauh untuk dijadikan pemuas nafsu laknat mereka.

Lambakan child pornography hari ini buktinya nauzubillah. Di barat, kes ancaman seks yang melibatkan kanak-kanak makin gila. Kita? Kajian menunjukkan kita kearah itu.

Jadi, untuk penulisan awal ini, saya merayu pada semua khususnya ibu bapa untuk sedar, jagalah anak tuan puan sebaiknya. Kita berada di ambang dunia yang mana isi makhluknya jauh dari agama.

Sebarkan, moga maklumat ini dapat selamatkan masa depan anak-anak kita

Sumber: Aris Farhan

ISU PPIM: 9 NAGA & 4 RAJA SYURGA SEBENARNYA WARISAN TINGGALAN BRITISH - AHLI AKADEMIK



Tak lama dulu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah membuat satu pendedahan yang mengejutkan mengenai kewujudan '9 Naga' yang didakwa menguasai dan mengawal semua aktiviti tidak bermoral di dalam negara, terutamanya aktiviti perjudian yang mampu mengaut keuntungan RM 5 bilion sebulan.

Malah PPIM turut mendakwa bahawa '9 Naga' ini turut mempunyai 'orang dalam' dalam kalangan agensi penguatkuasaan negara hingga mampu menukar mana-mana anggota yang mampu menggugat aktiviti mereka, dalam tempoh 24 jam. Walaupun baru didedahkan, PPIM mendakwa kewujudan organisasi ini sudah pun sekian lama bertapak di Malaysia.

Seorang ahli akademik yang dikenali sebagai Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah telah berkongsi mengenai sejarah kewujudan '9 Naga' ataupun ketika dulu dikenali sebagai '4 Raja Syurga'. Jom ikuti perkongsiaannya di bawah.

Isu sembilan (9) Naga yang diperjuangkan Yusuf Azmi dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia mungkin ada kebenarannya. Istilah 9 Naga ini merupakan hasil warisan peninggalan penjajah British.

Ini disebabkan British menggunakan konsep perjudian sebagai salah satu modus operandi dalam menarik sokongan masyarakat Malaya dalam gerakan penentangan ke atas komunis antara tahun 1948 hingga 1960.

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, pihak British menghadapi masalah kewangan dan ditambah pula dengan boikot kaum pekerja yang dipengaruhi gerakan komunis.

Maka sebagai alternatif dalam menarik sokongan kaum pekerja yang rata-ratanya memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan.

British telah memperkenalkan konsep perloterian dan perjudian lumba kuda. Melalui modus operandi ini sebahagian kaum pekerja menjadi ketagih dan mula menjauhkan diri daripada anasir-anasir komunis.

Akhirnya muncul konsep kongsi gelap yang baharu dan disokong British dalam menghadapi peperangan menentang komunis. Ini terbukti dalam kes gerakan komunis sangat memusuhi kongsi gelap di Shang Hai dan berjaya memusnahkannya pada tahun 1949.

Konsep kongsi gelap ini mulai berubah apabila berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 dan peperangan Vietnam pada tahun 70-an.

Perubahan ini disebabkan modus operandi kongsi gelap telah beralih kepada perniagaan dadah dan pelacuran. Pembukaan kelab malam dan pengenalan budaya hipster atau budaya A-go-go telah merancakkan lagi perniagaan dunia gelap.

Akhirnya pada lewat 80-an telah muncul beberapa ketua kongsi gelap yang dikenali 4 Raja Syurga yang berkuasa dalam dunia gelap.

Ini disebabkan beberapa kumpulan kongsi gelap kecil yang dikenali sebagai Naga telah bergabung untuk menyokong Raja Syurga dan dibantu 9 individu yang digelar Harimau Kawasan. Modus operandi dunia gelap pada zaman 80-an dan 90-an bertumpu kepada perjudian, pelacuran, dadah dan peras ugut untuk wang perlindungan.

Sejak tahun 2000, modus operandi dunia gelap mula beralih kepada perniagaan yang sah melalui industri hiburan, perhotelan, makanan, rokok dan peruncitan.

Melalui dana pusingan modal yang berbilion ini dalam dunia gelap telah disuci hati menjadi wang sah dalam perniagaan yang diiktiraf undang-undang.

Mereka juga telah bekerjasama dengan kartel-kartel perniagaan untuk mengawal harga sesuatu barangan di pasaran. Ini disebabkan terdapat penglibatan pemimpin-pemimpin masyarakat dalam Dunia Gelap.

Bantuan dunia gelap ini boleh difahami kerana mereka turut sama menyokong sesetengah pemimpin masyarakat dalam pilihan raya umum terutamanya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Selangor, Sarawak dan sebagainya. Sokongan mereka juga dapat memastikan keamanan dan keharmonian hubungan etnik dalam sesuatu kawasan. Ini disebabkan pada hari ini, penglibatan kongsi gelap Melayu, kongsi gelap India, kongsi gelap Sabah dan Sarawak telah berada bersama dalam sokongan kewujudan dunia gelap.

Hubungan kongsi gelap dan gengster berbagai etnik dalam dunia gelap lebih harmoni, saling menghormati dan berdasarkan muafakat bersama.

Maka tidak menghairankan adalah sukar berlakunya pergaduhan kongsi gelap antara etnik di negara ini. Walaupun begitu, dunia gelap ini masih didominasi oleh kongsi gelap dan corak struktur kepimpinan organisasi dunia gelap hampir sama dengan corak dunia gelap Timur Jauh.

Rasuah dan ugutan adalah satu kebiasaan dalam modus operandi dengan pihak berwajib seperti amalan kongsi gelap dunia gelap Timur Jauh.

Cuma kini pemerdagangan manusia dan senjata menjadikan Malaysia sebagai hab persinggahan sementara sebelum bergerak ke negara sasaran.

Hab persinggahan sementara ini menjadikan 9 Naga dalam dunia gelap diperlukan oleh dunia gelap negara lain. Sebagai balasan, mereka mampu menjalankan perniagaan pesisir pantai yang dapat mengelakkan percukaian.

Melalui cara ini, perniagaan yang sah tersebut dapat mengelakkan dikenakan cukai jutaan ringgit. Ada kalanya mencecah ratusan juta ringgit. Wang tersebut digunakan balik untuk peminjaman tanpa berlesen atau berlesen kepada sesiapa yang memerlukannya.

Putaran wang modal ini akhirnya berjaya disuci hati dan digunakan untuk pembelian aset seperti tanah dan bangunan di luar negara.

Kejayaan dunia gelap merekrut ahli-ahli baharu untuk terlibat sama ada sebagai pekerja atau penggerak disebabkan faktor ekonomi.

Ditambah pula, dengan kesukaran untuk mendapat kerja bagi mereka yang tercicir daripada alam persekolahan menyebabkan penglibatan ini menjadi mudah.

Tekanan kos sara hidup dan ingin bermewah turut menyumbangkan kepada pengukuhan dunia gelap.

Pada masa kini kumpulan-kumpulan Harimau Kawasan terdiri daripada berbagai-bagai etnik dan juga wanita.

Mereka mempunyai sistem pemerintahan dan undang-undang tersendiri. Setiap kepimpinan tidak diwarisi daripada seorang ayah atau ibu kepada anak.

Tetapi ditentukan oleh sokongan harimau-harimau kawasan. Inilah kehidupan dalam dunia gelap. Tidak jauh berbeza dengan dunia cerah yang seperti kita lihat dalam dunia realiti. Cuma yang memisahkan adalah pekerjaan dan kehidupan kita dengan mereka.

Sumber : Sinar Harian






Blogger ( 0 ulasan )



Sedang Hangat

Hari ini

6 November 2017

5 November 2017

5 November 2017

5 November 2017

4 November 2017



Top 10 Minggu Ini














Terkini

Hari ini

6 November 2017
Hari ini

6 November 2017
Hari ini

6 November 2017
Hari ini

6 November 2017
Hari ini

6 November 2017

5 November 2017

5 November 2017

5 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

4 November 2017

3 November 2017

3 November 2017

3 November 2017

3 November 2017

3 November 2017

3 November 2017

3 November 2017



Viral


3 November 2017

3 November 2017

1 November 2017

31 Oktober 2017

30 Oktober 2017

30 Oktober 2017

30 Oktober 2017



©2014 Siakapkeli