ANAK DURJANA, BELASAH IBU BERTALU-TALU KERANA GANGGU MAIN GAME (VIDEO)

loading...

Dikala hari ibu semakin hampir, satu video telah viral di media sosial China menunjukkan seorang remaja lelaki bengang apabila emaknya menggangunya bermain permainan telefon.

Video yang dirakam di dalam sebuah kedai optik di Wenzhou, Zheijiang, menunjukkan si ibu mengganggu penglihatan anaknya itu buat sesaat. Tanpa diduga, remaja itu menjadi bengang seterusnya membelasah ibunya di bahagian muka beberapa kali sebelum diberhentikan oleh pekerja di kedai terbabit.

Sebelum ini, beberapa portal berita melaporkan bahawa remaja itu memukul ibunya kerana membelikan cermin mata murah tetapi seorang guru tempatan tampil menceritakan perkara sebenar.

Guru terbabit berkata lelaki di dalam video itu merupakan seorang pelajar sekolah menengah dan dia menjadi bengang kerana ibunya mengganggu saat-saat genting dalam permainannya.


loading...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »